I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 17, 2010

malaysia negara islam

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana masih lagi mengurniakan nikmat iman dan Islam kepada kita semua serta menaungi bumi Malaysia yang tercinta dengan nikmat keamanan, keharmonian dan kesejahteraan.
 
Umat Islam di negara ini seharusnya berbangga dan berasa beruntung kerana usaha-usaha memartabatkan Islam tidak pernah luntur bahkan semakin rancak terutama ketika pasca kemerdekaan. Hari ini kita dapat lihat betapa pembangunan dan kemajuan Islam begitu menyerlah di serata tempat dan di pelosok negara tanpa menghalang seseorangpun dari merasai nikmat kemanisannya.

Sesungguhnya pembangunan Islam yang pesat di negara ini sama ada dari segi pentadbiran, pendidikan, perundangan, perekonomian dan sebagainya tidak mungkin dapat dihuraikan di dalam risalah yang kecil ini. Namun sekurang-kurangnya ia dapat menjelaskan beberapa kekeliruan dan tanggapan sesetengah pihak di mana kerajaan tidak pernah bersikap berpeluk tubuh atau berlepas tangan daripada perjuangan mendaulatkan Islam sepertimana yang diamanahkan oleh Allah S.W.T.

Adalah diharapkan coretan ini dapat menjelaskan kepada kita seterusnya mencetuskan kesedaran betapa perlunya kita bersama-sama berganding bahu dalam meneruskan usaha-usaha pembangunan dan kemajuan Islam di negara ini. Ketahuilah, tanpa kesatuan dan kesungguhan sesama kita nescaya cita-cita meninggikan kalimah Allah akan menjadi sia-sia dan angan-angan kosong. Pada ketika itu, tidak mustahil nikmat keamanan dan keharmonian yang selama ini kita kecapi akan ditarik oleh Allah S.W.T. Lantas jadilah kita menerima nasib seperti di negara-negara lain yang berkeadaan huru hara dan kacau bilau di mana rakyatnya menjadi hina, terseksa dan pelarian di tanah air sendiri.

usaha kerajaan memartabatkan islam:-
1. Islam Sebagai Agama Rasmi Negara
2. Penggubal Dasar Bagi Hal Ehwal Islam
3. Perundangan Islam
4. Penyelarasan Undang-Undang Islam
5. Pemurnian Akidah
   


1 comment:

  1. Alhamdulillah.....Syukur, Malaysia dianugerahkan sebagai agama Islam....Smoga untuk selama-lamanya...amin...takbir!!!!

    ReplyDelete